Showing posts with label cinta agung hanyalah cinta pada Allah.... Show all posts
Showing posts with label cinta agung hanyalah cinta pada Allah.... Show all posts

Monday, March 14, 2011

Cinta...


"Manusia akan cemerlang apabila pemikirannya dilengkapi dengan cinta yang meransang dirinya untuk berjaya"

Kita pasti tak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta berbalas, bercintalah dengan Allah,Tuhan Yang Maha Pencinta. Nescaya seluruh isi langit & bumi jua akan turut mencintai kita.

Doa Nabi Daud A.S ;

"Ya Allah, Ya Tuhanku,
Aku memohon kecintaan kepadaMu,
kecintaan kepada mereka yang mencintaiMu,
dan aku memohon suatu amalan yg menyebabkan beroleh kecintaan dariMu.
Ya Allah, jadikanlah kecintaanku padaMu
melebihi cintaku pd diriku, dan keluargaku dan daripada air yg sejuk".

Cinta agung hanyalah cinta pada Allah...:)


Monday, March 7, 2011

A Checklist::Tanda-tanda kiamat

AsSalam all,
Sharing is loving..
Much love, me (>_<)

Tanda2 kiamat terbahagi kepada dua:: tanda2 kecil dan tanda2 besar:


Tanda2 Kiamat Kecil::
  1. Diutusnya Rasulullah S.A.W - checked
  2. Disia-siakan amanah (urusan diserahkan kpd bukan ahlinya) - checked
  3. Ibu melahirkan tuannya - checked
  4. Banyak pembunuhan - checked checked checked
  5. Muncul kaum Khawarij (google to know better) - checked
  6. Perang antara yahudi dgn umat Islam - checked
  7. Sedikit ilmu - checked
  8. Zina berleluasa - checked checked checked checked checked
  9. Banyaknya kaum wanita - checked (tengok student U pun dah tahu)
  10. Bermewahan dalam membangunkan masjid - checked
  11. Berleluasa riba n harta haram - checked

Tanda2 Kiamat Besar::
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbit matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluar Yakjuj Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari Kota Yaman

Dari Ibnu Hajar, "sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat. Hikmah dari kejadian ini bahawa,
ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".

Adakah amalan kita sume sudah cukup..utk berhadapan dgn hari pertimbangan & pembalasan? Apa yg dah kita lakukan agar terus menyeru manusia kembali ke jalan yg benar...May Allah bless us with His Rahmah forever...He loves us :)

Mari menonton kajian Harun Yahya berkenaan kiamat CLICK SINI



Thursday, March 3, 2011

Guru yang datang tanpa bersuara...


Guru itulah nikmat..
Guru itulah yang menguatkan jiwa..
Guru itulah yang melemahkan nafsu buana..
Guru itulah yang menghancurkan perasaan riak..

Guru itulah yang memudahkan manusia ke syurga..
Guru itulah yang menjadi titik perubahan dalam diri..
Guru itulah yang mendekatkan manusia kepada Allah..
Guru itulah yang menyedarkan manusia bahawa Allah segala-segalanya..

Guru itu datang..
Guru itu datang lagi..
Guru itu tetap akan datang..
Guru itu datang tanpa bersuara..
Allah yang datangkan guru itu..
Allah datangkan guru itu kerana kasihnya pada manusia..
Allah datangkan guru itu untuk memberi peringatan bahawa hanya Allah yang wajib manusia yakini dan imani..

*****Guru yang datang tanpa bersuara itulah UJIAN..
UJIAN yang mengajar erti kesabaran..
Persiapkanlah diri menghadapinya..
Laluilah UJIAN itu dengan kesabaran dan keikhlasan yang berpanjangan..
Jangan takut, jangan putus asa..
Allah senantiasa bersama kita,takkan tersembunyi hakikat tersebut*****


najwa_thu,3.03pm

Monday, January 24, 2011

Peace!


AsSalam bloggers:)


May Allah bless us with His rahmah(^_^)

Apa khabar iman kita hari ni??

Makin bertambah, alhamdulillah..

Makin berkurang??

Ayuh! Jangan buang masa..

Persiapkanlah diri menunaikan kewajiban seorg Muslim!

Dari hari ke hari kita makin dekat menuju titik noktah

kehidupan di alam fana ini, KEMATIAN yang pasti!

Bagi hamba beriman ianya khabar bahgia,

Bertemu Sang Pencipta di Raudhatul Jannah..

Namun,seksaan yg amat pedih menanti hamba yg dimurkai!

Moga Allah memberkati kehidupan kita semua..

Peace in Islam! Peace in His Love!



Wahai hati yg alpa,
Ingatilah..dunia persinggahan sementara,
Akhirat destinasi kekal abadi:)



~najwa~



Monday, January 17, 2011

Di Mana Bahagia?


Sharing is loving:)

Bahagia kekal milik kita selagi pohon keimanan subur di dalam jiwa:)


Seorang suami y sdg marah pada isterinya mengancam si isteri dgn berkata: "Aku akan lenyapkan kebahagiaanmu". Si isteri menjawab dgn tenang, "Kamu tidak mampu melenyapkan kebahagiaanku sebagaimana kamu tidak mampu memberikan kebahagiaan kepadaku." Suami bertanya, "Mengapa aku tidak mampu melenyapkan kebahagiaanmu?" Isteri menjawab dgn penuh yakin, "Kalau seandainya bahagiaku t'letak dlm p'belanjaan, pakaian & perhiasan tentu kamu mampu menghilangkannya. Tetapi, kebahagiaanku sesuatu yang bukan milikmu @ org lain". Dengan hairan suami bertanya, "Dimanakah kebahagiaanmu?" Penuh keyakinan si isteri m'jawab, "Sesungguhnya aku memperoleh bahagia di dlm keimananku. Dan imanku di dlm hatiku. Tiada sorg pun dpt menguasai hatiku selain ALLAH".


BY Dr.Yusuf al-Qaradhawi
Majalah Solusi:)


Thursday, December 16, 2010

21 tahun di muka bumi Allah:)


Assalamualaikum...

Dear ma frens,bloggers..

Alhamdulillah... pagi ni aku masih melihat mentari pagi, 27 dec today kembali blogging afta so long time.. wuhuuuu!! miss dis belog lik crazy! Rindu sama kamoo sume dear bloggers. Now, at dis time at dis moment I am 21 + 1 month old.. Back to nov 18, da most memorable day for Muslim, celebrating da scond day of Eid Adha, it was ma birthday (^_^) Syukur sangat2 dah 21 tahun Allah bagi nyawa ni, sihat tubuh badan, masih boleh tersenyum bahgie di samping famili terchenta, ada insan yg sntiase memberi semangat dlm perjuangan hidupku, punya sahabat2 yg positif! Amin.. Matlamat hidupku jelas and ma mind believe n conceive so i' m very sure it can b achieve! InsyaAllah...")


THANK U ALLAH!! THANK U MAK ABAH! THANK U IRFAN DINI! THANK U B!


Monday, October 25, 2010

Elak pakai sanggul palsu...


Sharing is loving:)

copy fr rencana sinar harian Jumaat,
Ustazah Bahiyah Ahmad,
Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya.

Bertudung ialah satu cara menutup aurat, tetapi jika bertudung dgn niat utk kelihatan cantik dan bukan memenuhi perintah Allah, ia tidak termasuk dlm ibadat. Trend wanita sekarang yg gemar memakai sanggul palsu & diselitkan di dalam tudung, Ustazah Bahiyah berkata; situasi tersebut tidak wajar berlaku.

Sabda Rasulullah SAW;

" Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya iaitu;
(i)kaum yg membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam) dan
(ii) perempuan-perempuan yg berpakaian tetapi telanjang, yg cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kpd perbuatan yg sama,dan wanita yg rambutnya sebesar punuk(bonggol) unta...
Mereka ini tidak akan boleh masuk ke syurga, serta tidak akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian."(Riwayat Muslim)

Kata Ustazah Bahiyah lagi, "Elakkan diri daripada sengaja menjadikan sanggul rambut tinggi sebagai perhiasan untuk menarik perhatian & tampil seksi kerana ia dijanjikan azab spt mana terdapat dlm hadis di atas."

"Sejujurnya saya terkejut pada zaman ini sanggul dijual sbg aksesori wanita bertudung. Untuk apa? Untuk kelihatan cantik? Dan lain halnya jika rambut wanita itu panjang & tetap kelihatan sanggul apabila bertudung."



Monday, October 18, 2010

Kuasa "PENGHARGAAN"


Salam..
Dearie friends(^_^)

Lamanyaaaa tak bw.. windu korang!! hehehe Hmmm.. u all suka membaca tak?? i do love reading..dulu mmg giler novel cintan-cintun romance novel..tapi da slow down, now more to motivational book..mungkin disebabkan ke'mature'kan yg melanda diri ini..hiks:)

"How to Win Friends $ Influence People"such a great book!Written by Dale Carnegie,now available in Bahasa Melayu..Rasanya edisi Bahasa Melayu bukunya lebih besar dan tebal..tulisan pon terang than da real one..Sedap mata membaca..:)

Buku ni mmg da tersangat lama(lagi lama..lagi femes kan)n when da book was first written, da entire world was not yet livin' in cyberspace..Wokeh! Fullstop! Mcm promoter pulak yer!Actually i wanna share wif u ma friends, how dis rily interesting book hav a rily interesting point which can lead us change our life forever....:)

SETIAP MANUSIA............

berkeinginan menjadi HEBAT! - psychologist Sigmund Freud

berkeinginan menjadi orang penting - ahli falsafah John Dewey

menyukai pujian, pujian dan pujian... - Presiden Abraham Lincoln

dambaan supaya dihargai - psychologist William James


Jadi, sebagai insan biasa, pasti kita tak terlepas daripada mempunyai impian sebegitu kan..?? Wujudnya dambaan yg setinggi langit dan tak pernah goyah dalam diri kita.. Setiap insan & makhluk bernyawa ingin dihargai, disayangi...hatta binatang sekalipun (^_^) "Ibu" memang suka dipeluk, dibelai, geletek leher dier kadang2 tu smpai tertito! haha

Kisah betapa hebatnya kuasa 'Penghargaan' ::::

Detroit (nama tempat), seorang guru meminta anak muridnya yang buta Stevie Morrris mencari tikus yang tersesat di dlm kelas.Walaupun cacat, namun Allah mengurniakan pendengaran yang tajam kepada Stevie. Peristiwa itu memberi peluang kepada guru tersebut mengagumi & appreciate anugerah istimewa Stevie buat pertama kalinya. Kata Stevie, penghargaan yang diberi oleh gurunya itulah yang membakar semangatnya untuk mengubah kehidupan dgn mengasah pendengaran dan mengembangkan bakat dlm bidang seni..!! Kini, setekah bertahun-tahun... lahirlah "Stevie Wonder" penyanyi pop dan penulis lagu tersohor era 70-an.


Hargailah insan-insan di sekeliling kita dan berilah penghargaan kepada mereka dengan hati yang tulus ikhlas.. Penghargaan adalah rahsia kejayaan individu-individu terpenting dalam sejarah dunia seperti Presiden Abraham Lincoln dan William Shakespeare..."SAYA MELEWATI JALAN INI HANYA SEKALI, MAKA APABILA SAYA BERPELUANG MENGEMBIRAKAN HATI ORANG DI SEKELILNG SAYA, BIARLAH SAYA MELAKUKANNYA SEKARANG. KERANA JIKA SAYA MENUNDA, MUNGKIN SAYA TIDAK AKAN MELEWATI JALAN ITU LAGI"




Friday, October 8, 2010

27 Perkara Menyebabkan Papa!


Salam peeps.. baca dis info dari internet pagi tadi.. Antara 27 perkara yang menyebabkan kepapaan.. mean miskin termasuk dari segi material(kemewahan), akhlak aka perilaku seseorang.. Maybe ada yang x nak percaya, tapi selagi kita mampu untuk menghindarinya...why not? Bukan rugi kena bayar pun kan...

  1. SENTIASA BERBOHONG
  2. BANYAK TIDO
  3. PEMALAS
  4. BANYAK CAKAP KOSONG
  5. SELALU TIDO BERTELANJANG
  6. SELALU MAKAN KETIKA HADAS BESAR
  7. BERMUDAH-MUDAHAN DGN MENGGUGURKAN MAKANAN
  8. SELALU MEMBAKAR KULIT BAWANG
  9. MENYAPU SAMPAH PADA WAKTU MALAM
  10. MEMANGGIL IBU BAPA DGN NAMA
  11. BERJALAN DI HADAPAN GURU
  12. BERMUDAH-MUDAHAN DGN SEMBAHYANG
  13. MEMBIARKAN BINATANG HALUS DI RUMAH
  14. SELALU MEMBASUH TANGAN DGN TANGAN
  15. MEMBIARKAN LABAH-LABAH DI RUMAH
  16. CEPAT KELUAR BILA MASUK DALAM MASJID
  17. MENJAHIT KAIN/PAKAIAN DI ATAS BADAN
  18. BERPAGI-PAGI MAKAN MINUM DI KEDAI KOPI
  19. LAMBAT PULANG KE RUMAH APABILA KELUAR
  20. TIDAK MEMBASUH PINGGAN MANGKUK SELEPAS MAKAN
  21. MEMADAM PELITA DGN MENGHEMBUS
  22. SENTIASA MENULIS DGN KALAM YG TUMPUL
  23. SENTIASA BERSISIR DGN SISIR YG PATAH
  24. MENINGGAL BERDOA UNTUK IBU BAPA
  25. MEMAKAI SELUAR SAMBIL BERDIRI
  26. BERSIFAT BAKHIL
  27. MEMBAZIR HARTA BENDA DGN TIDAK TENTU HALA



Ma own view:

7) beli banyak, bila x abes makan terus masuk tong sampah. kurang m'hargai rezeki yg Allah kurniakan..maybe sbab byk duit so rasa tak heran kalau makanan yg x abes dibuang begitu saja - suka membazir

10) tindakan yg tidak m'hormati ibu bapa - kurang ajar

13) means malas.. binatang halus mungkin merujuk pada lipas & seangkatannya..
kenapa lipas boleh ada dalam rumah? malas kemas dapur mungkin so sebab tu lipas datang nak makan sisa2 makanan yg t'tinggal tu & easily for lipas2 to hav their new home!

15) pun sama kot...malas mengemas rumah. x kesah rumah bersarang-sarang..

16) bila masuk karaoke, lama je...
bila main pingpong, lama je...
bila ngadap lappy, lama je...
tp bila masuk masjid, cepat2 sembahyang, cepat2 nak keluar!
renung-renungkanlah...

18) membazir....amalan syaitonnnn...

19) kaki rayap!

22) merosakkan mata..





Wednesday, September 29, 2010

Sunset (^_^)


25 Sep- Pantai Murni, Yan Kedah
wa, mak & abah...
beautiful view...wonderful moments...


spend time kat pantai murni afta beraya..waitin' for sunset...
masa ni kul 6.20pm, ramai sgt orang, angin sepoi2 bahasa gitu..
rasa ngantuk je kena tiup angin...hiks


see...da giant star aka da sun...
dari sini boleh nampak Pulau Dayang Bunting..
but in da picca is Pulau Telur...
why its got dat name..haha x to laa pasai pa


sambil makan-makan.. around 7 pm, such a great view ever..
Subhanallah3x! hebat ciptaan Allah...

beautiful sunset:)
da sun dissapeared from view...
credit to mak : hehe da last pix taken by her herself..





Sunday, September 26, 2010

Kisah pramugari di tanah suci...

Sharing is caring:)
From ma fren's fb..

Untuk renungan bersama...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah menguruskan jemaah haji dan umrah,ada satu kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Berlaku kepada seorang pramugari berusia pertengahan 30-an.


Sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tak sedarkan diri. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Akhirnya, dia dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Selepas beberapa hari, akhirnya wanita itu membuka mata. Sebaik terpandang wajah saya, wanita itu terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.


Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kak menangis?"


"Lan... kakak taubat Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda tu! Kakak bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa kak?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Katanya, "Mazlan, kak ni dah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tp kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan. Ibadat satu apa pun tak buat. Kak tak sembahyang, tak puasa. Rumah akak penuh dengan botol arak. Suami tu akak sepak terajang, tak hormat langsung," katanya tersedu-sedan.


Kemudian, wanita itu menceritakan,


"Mazlan...Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat semasa di dalam koma.

"Hari-hari akak diseksa. Bila rambut akak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.Panas sampai otak akak rasa menggelegak. Azab itu cukup pedih!!!!pedih yang amat sangat...tak boleh nak digambarkan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.


Kerana makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa dalam koma tu, akak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja! tp akak perlu makan sebab akak tersangat lapar! "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-duri menikam kerongkong dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut akak. Pedihnya!!!!!


Habis buah-buahan tu, akak diberi pula makan bara api. Bila masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan akak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.


Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dberi pula minuman yang dibuat dari nanah. Baunya teramat busuk. Tapi terpaksa minum sebab kak sangat dahaga.


"Masa diazab tu, kakak merayu pada Allah agar berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak henti-henti akak memohon.Kak berjanji kalau akak dihidupkan semula, akak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "


Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia tak akan terlepas dari balasannya. Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azab pedihlah yang akan kita rasai..


Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.Kalau pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan solat-solat yang ditinggalkannya dahulu.


Pesanan wanita tersebut, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Lan ingatkanlah mereka, pakailah tudung. Undang-undang AllaH, setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."Tapi,rambut akak ini beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? ALLAH......."


Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN


WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESAN BIARPUN SATU AYAT...."


*terima kasih sahabat kerana ilmu akhirat yg berguna ni*

Wednesday, September 22, 2010

Hargailah zaman remaja...


Dearie friends,

Paper ari ni kalau korg baca pasal dua beradik kembar telah ditemui..
Muda sangat baru 14 thn,seusia ma youngest sis.. Of cos u guys tahu kan..
Tapi yg mnyedihkan dorg telah mengaku terlanjur melakukan hubungan t'larang..
Ya Allah.. poor their parents.. Mengikut kata hati binasa jadinya..
Cinta kalau mngikut nafsu & bukan kerana Allah semata-mata,buruk padahnya..

Wahai remaja2,adik2 tersayang..

Zaman remaja mmg indah.. Time ni laa kita ada ramai kawan, kenal ramai org,
punya banyak 'secret admire'..but dis doesn't mean we can easily do wat we
wnna do.. Remember,He sees us! Allah amat hampir dgn kita, lebih hampir drpd
urat marih yg ada di leher kita.. Jadi, peringatan utk sesama Islam, juga me
myself.. Hargailah zaman remaja kita, jagalah ia baek2.. Jauhilah zina kerana
di situlah letaknya maruah kita sbg seorg perempuan..wanita..

Namun, masih belum terlambat utk kamoo bertaubat adik2 sayang..
Maha Penyayang Ya Rabbul Jalil, masih memberikan peluang & waktu..

*baca kat sni- kembar




Thursday, August 5, 2010

Sesusuk tubuh nan indah...


MUHAMMAD YA RASULULLAH
:kenali fizikal kekasih Ya Rabb:


Begitu indah sifat fizikal Rasulullah shingga sorg ulama' Yahudi memeluk Islam ketika kali pertama bersua muka dgn baginda...

Apresiasi Para Sahabat Baginda::

>>>>
Aku belum pernah melihat lelaki sekacak Rasulullah..

>>>> Aku melihat cahaya drpd lidahnya..

>>>> Rasulullah lebih cantik drpd sinaran bulan..

>>>> Rasulullah umpama matahari yg bersinar..

>>>> Melihat Rasulullah umpama melihat matahari terbit..

>>>> Muka Rasulullah bagai bln purnama bila baginda gembira..

>>>> Wajahnya tak bulat tapi cenderung pd bulat..

>>>> Dahi baginda luas, raut kening tebal & terpisah di tengahnya..

>>>> Urat darah kelihatan jelas antara 2 kening bila baginda marah..

>>>> Mata berwarna hitam dgn bulu mata yg pnjang..

>>>> Hidung baginda agak mancung & bercahaya..

>>>> Mulut baginda sederhana luas & sgt cantik..

>>>> Giginya kecil, b'cahaya, indah t'susun & renggang di bhg depan..

>>>> Janggutnya penuh & tebal menawan..

>>>> Leher baginda kecil & pnjang..cantik spt arca..

>>>> Warna lehernya indah spt perak..

>>>> Kepalanya besar tp terlalu elok bentuknya..

>>>> Rambutnya sedikit ikal..

>>>> Rambutnya kdg2 mnyentuh pangkal leher & bahu tp disisir kemas..

>>>> Rambutnya t'belah d tengah..

>>>> Dadanya bidang & seimbang antara kedua bahunya..

>>>> Pergelangan tgnnya lebar n jari besar & t'susun cantik..

>>>> Warna kulit baginda putih kemerah-merahan & b'cahaya..

>>>> Badannya tak gemuk & perutnya tak buncit..

>>>> Badan baginda tak pula tinggi & tak pula rendah, kukuh sempurna..

>>>> Badannya cnderung kpd tinggi, berada d kalangn org ramai, baginda lebih
tinggi drpd mereka..


Demikianlah sesusuk tubuh mulia milik Nabi Muhammad S.A.W..
Baginda lah manusia agung & sebaik-baik ikon sepanjang zaman..
Tunjuklah kasih & cinta pd baginda dgn b'selawat pdnya..


Copy dis info daripada blog Allahyarham Ustaz 'Asri Rabbani last year..
*da lupa address blog beliau*





Saturday, July 10, 2010

Tazkirah Paradigma::Kita Sebenarnya...













































Salam peeps!! Juz wanna share dis tazkirah with u guys...:p
Renung-renungkanlah... May Allah bless us n 2gether we'll be a better Muslim..ameen:p

KITA SEBENARNYA...

  • lebih gembira menyambut 1 Jan drpd 1 Muharram
  • lebih tahu 14 Feb drpd 12 Rabiulawal
  • lebih m'besarkn hari Sabtu n Ahad than Friday
  • lebih khusyuk dgr lagu drpd dgr azann
  • lebih suke lepak, tito n tgk tv drpd menunaikn solat
  • lebih tahu tntg artis pujaan drpd nama2 nabi Allah
  • lebih suka sebut hye, helo dprd ASSALAMUALAIKUM
  • lebih suka mnyanyi drpd b'tahmid n b'wirik
  • lebih suka memuji manusia dprd Allah
  • lebih suka m'bca mjalah hiburan drpd buku ilmiah,agama
  • lebih excited nk g cncert n karaoke drpd ceramah,kelas agama
  • lebih suka mngumpat drpd menuturkn bahasa yg indah
  • lebih suka mencarut!@#$#@! drpd mnyebut MasyaAllah
  • lebih cintakn urusan dunia drpd urusan akhirat
  • lebih bangga dgn kejahiln drpd b'syukur dgn keimanan...

Sebagai peringatan... sebagai kesedaran... Semoga we'l always in the right path of Islam...
Terleka seketika tp cepat2 sedar n bertaubat....Alhamdulillah...
as we dunno when will come d time dat we can't repent anymore(ajal)...

-bro zul UM-terima kasih atas tunjuk ajarmu...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails