Monday, May 14, 2012

Dia :)


 Kerana dia
hanya satu,

Takkan ada
yang lain.

Kerana dia
hanya ada satu rasa sambal telur,

Yang lain
takkan sama. 

Senyum dan garang itu
miliknya saja,

Yang lain
takkan sepertinya.

Kerana dia
 ketawa ku "kah kah kah"

Sampai bila-bila pun
SDBRA di hati!


Kerana dia
Yang Maha Esa ciptakan hanya satu,

Yakin dan pasti
she is the one and only,

my AWESOME lady :) 


she hug me like this!

she take good care of me like this!
she kiss me like this!
 

HAPPY MOTHER'S DAY MAK!
Semoga Allah merahmatimu :) 





Friday, April 27, 2012

Kenapa BERSIH 3.0 ??

       
       Tuhan mengurniakan 'aql (akal) kepada setiap makhluk yang memiliki nyawa yakni yang bernama insan. Setiap daripada kita mampu untuk memikirkan menggunakan aql waras dalam mencernakan sesuatu perkara. Bukti di depan mata dan mata telah pun melihat dengan sejelas-jelasnya tetapi kenapa hati menidakkan?? Mengiyakan jauh sekali. Bukti ego bersarang membutakan hati dan fikiran. It's all about truth. It tells u what had really happened in this country and are u gonna watch only?? I'm a student, jahil, tiada byk pengalaman tetapi didikan ibu bapa, ajaran Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W yang mengajarkan Amr Makhruf Nahi Mungkar yang semestinya setiap orang Islam yang telah baligh fahami, iaitu betapa Allah menyeru setiap caliph yang diciptakanNya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah segala kemungkaran. 

        Apabila menipu, menipu, menipu lagi dan merahsiakan fakta serta kebenaran, dianggap tidak mungkarkah itu?? Sedangkan menipu adalah perkara yang Tuhan benci. Berbicara tentang kemungkaran, kemungkaran apa yang berlaku di Malaysia ya? Tidak minat politik? Tak ade masa nak ambil tahu hal politik? Tidak tahu apa itu BERSIH 3.0 dan tujuannya? So, never end up with any conclusion yang menjurus kepada reaksi negatif terhadap BERSIH 3.0! But then, still akan ada yang berkata, setiap orang ada hak untuk memberi pendapat atau pandangan. Funny! Baca dan fahami dahulu apa itu BERSIH 3.0 dan apakah tuntutan yang dibuat sebelum lantang bersuara menolak BERSIH 3.0 yang kononnya mengancam keselamatan negara dan layak berbicara tentang hak. Btw, kenapa perlu BERSIH 3.0?? Apakah bukti-bukti yang menyokong kepada tuntutan BERSIH 3.0? Kerana ini... ini dan ini... Kerana anda lebih hebat, lebih bijak maka nilailah dengan mata hati.

  • Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil yang menempatkan 457 pengundi pos (suku 3, 2011), yang secara tiba-tiba dipindahkan dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak (P124) ke Lembah Pantai (P121), walaupun ianya terletak lebih 3km dari sempadan parlimen Lembah Pantai;
  • Lebih 79,000 pengundi yang didaftarkan dalam lebih 350 alamat yang sama, di mana setiap alamat itu merekodkan lebih dari 100 pengundi;
  • 42,000 nama yang disahkan SPR sebagai pemilih yang diragui status kewarganegaraan mereka, yang masih enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih;
  • Lebih 1,000 pengundi yang melebihi umur 100 tahun, di mana antara yang tertua berumur 159 tahun (lahir 1853), yang enggan dibersihkan SPR dari daftar pemilih; dan banyak lagi penyelewengan yang jelas enggan dibersihkan SPR.

Semoga Allah memberikan hidayah. Semoga Allah menguatkan semangat hambaNya.
Amin ya Allah. 


                                                                                                                           original by najwa :)


BERSIH di Makkah dan Madinah

Be kind. Be good. Love always.



Our conversation:

"Macam mana kalau nak nasihat org eyh?
Kene kawan dgn dia dulu. Then, sikit2 kita tarik dia utk jadi baik"
  
Hye assalamualaikum...


Being somone's friend is a treasureeeee... Yet, it is actually a huge responsible too!
A friend can either affect u in a good way or da bad one... well, depends on who's ur friend. Especially between close friends... as u spend hours together n somehow one or the other will be affected by da other's way of getting things done, life perspective n macam-macam lg... And personally i know i was affected by "S" positiveness in looking at life's hurdles. 

But how did others get affected with me, as being their friend?? Ya Allah, this thought is scary... I'm afraid if i'm just bring negative impacts on their mind or character.... Owh am i think too much?? What if someone follow me in not praying on time? What if? Huhu..

Yes, u have to keep improving urself to get blessed by Him... I'm not perfect, i'm always and keep learning being a good Muslimah... I need positive influences from da person who is much more better than me. 

Living within da society, this matter really need to be put into our consideration... Within a certain circle of people, ur actions will affect others too... So, keep on improving urself so as only da good things get affected on other people... :)
"Kau selalu lepak dgn Najwa, mesti ada benda yg ko terikut dgn dia kn". 
         "S" stop n think.
"Emm. Ada gak la....."

I have no idea what "S" has in mind... But hupfully it's a good one.

Note to self and friends: I made mistakes too, and now i'm trying to make up for all da wrongs i've done.. help me Ya Allah.... :)



Saturday, April 14, 2012

Setitis darah yang mulia...


Setitis darah yang mulia di sisi Allah....itulah J.I.H.A.D :)

Sesungguhnya Allah S.W.T menekankan pelbagai aspek meliputi tajuk besar jihad di dalam kitab suci Al-Quran melalui dalil-dalilnya. Antaranya ialah dakwah untuk berjihad, larangan memusuhi, tidak ada perang kecuali jihad pada jalan Allah, gencatan senjata, perilaku jihad yang baik, peperangan dalam Islam, pujian bagi jihad, keutamaan bagi orang yang berjihad, celaan bagi yang enggan berjihad, lari dari peperangan, tentera yang paling buruk dan persiapan pasukan menuju jihad. 

Sebagai umat Islam dan hamba Allah yang soleh, pendedahan, pengetahuan dan pemahaman tentang jihad amat penting demi menzahirkan cinta dan kasih sayang kepada Yang Maha Esa. Justeru, Al-Quran bukan setakat dibaca namun lebih penting difahami ayat-ayat suci yang diceritakan Allah kepada hamba-hambaNya.
 
Sikap umat Islam yang tidak ambil pusing tentang pengertian dan kehebatan jihad pada jalan Allah yang sebenarnya, amat bahaya sementelah kebanyakan masyarakat dunia pada hari ini dengan mudah menganalisa jihad itu sebagai perang, di mana perang tersebut pada kaca mata mereka mengancam keamanan dunia dan membunuh banyak jiwa yang tidak berdosa sekaligus menuding jari pada agama Islam sehingga umat Islam dilabel sebagai pengganas! Apakah yang kita lakukan? Hanya melihat???
 
Tidakkah terasa lelehan air mata mengalir tatkala agama fitrah yang suci lagi mulia itu dihina? Justeru, bacalah dan fahamilah dalil-dalil Al-Quran tentang jihad menurut pandangan Islam agar kita tidak leka dan terus hanyut dengan dakyah jahat musuh Islam yang senantiasa mengintai peluang untuk mengaplikasikan strategi yang telah lama dirangka demi menjatuhkan agama Islam. 
 
Surah Al Maidah: ayat 35
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung.”
 
Surah At-Taubah : ayat 39
“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya walaupun sedikit, dan Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu”
 
Surah Muhammad : ayat 4
“Maka apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang), maka pukullah batang leher mereka. Apabila kamu telah mengalahkan mereka, tawanlah mereka, dan setelah itu kamu bolh membebaskan mereka atau menerima tebusan, sampai perang selesai. Demikanlah, dan sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya Dia akan membinasakan mereka, tetapi Dia hendak menguji kamu satu sama lain. Dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak disia-disiakan amal mereka.”
 
Surah At-Taubah : ayat 41
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada jalan Allah.Yang demikian tu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”.
 
 Surah An-Nisa : ayat 71
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siaplah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok atau majulah bersama-sama (serentak).
 
Perjuangan pada jalan Allah demi menegakkan syiar Islam walaupun sesukar mana pasti tidak sia-sia. Itu janji Allah. Kisah tauladan buat pedoman umat Islam akhir zaman. Betapa pemimpin Islam terdahulu amat mementingkan jihad, sebagai contoh, pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel, beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka pada jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh dan atas keizinan Allah akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.
 
Bermula jihad dengan diri-sendiri iaitu melawan hawa nafsu, seterusnya demi tanggungjawab kepada Allah iaitu berjihad mempertahankan agama Islam hingga menitis darah merah yang mulia bukti cinta dan pengabdian diri kepada Yang Esa. Itulah syahid idaman hamba soleh! Sesungguhnya, jihad itu suatu matlamat hebat dunia dan akhirat.
 
                                                                                                                                     original by najwa
                                                                                                                                    assignment titas :)

Monday, March 5, 2012

Past. Present. Future.



"...perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."


Sometimes u think u did everything right. But it is still not enuff :(
Sometimes u think u've change for da better, but people see it otherwise :(
 -me-


Between who I was & who I am now, I can safely say I am now different. Changed. 
Everything change when u are not here anymore...
U makes me stronger...
Anyhow, thank u for everythin'. For da good memories, for da tears shed...
For da hard times, for da good times... The laughter... I miss u sayang :(
I dunno what future holds. But surely, InshaAllah it wouldn't be as bad...
Study hard. Dean list. Get a degree. Work some more. Further study some more.
With sumone to lean on along da way, tapi bukan kamu lagi... :(
It does sounds promising isn't it? Ya Allah, permudahkanlah segalanya :)

.will.miss.u.hafizan.goodbye.

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails