Thursday, March 3, 2011

Guru yang datang tanpa bersuara...


Guru itulah nikmat..
Guru itulah yang menguatkan jiwa..
Guru itulah yang melemahkan nafsu buana..
Guru itulah yang menghancurkan perasaan riak..

Guru itulah yang memudahkan manusia ke syurga..
Guru itulah yang menjadi titik perubahan dalam diri..
Guru itulah yang mendekatkan manusia kepada Allah..
Guru itulah yang menyedarkan manusia bahawa Allah segala-segalanya..

Guru itu datang..
Guru itu datang lagi..
Guru itu tetap akan datang..
Guru itu datang tanpa bersuara..
Allah yang datangkan guru itu..
Allah datangkan guru itu kerana kasihnya pada manusia..
Allah datangkan guru itu untuk memberi peringatan bahawa hanya Allah yang wajib manusia yakini dan imani..

*****Guru yang datang tanpa bersuara itulah UJIAN..
UJIAN yang mengajar erti kesabaran..
Persiapkanlah diri menghadapinya..
Laluilah UJIAN itu dengan kesabaran dan keikhlasan yang berpanjangan..
Jangan takut, jangan putus asa..
Allah senantiasa bersama kita,takkan tersembunyi hakikat tersebut*****


najwa_thu,3.03pm

8 comments:

NARDtheNERD said...

boleh bace time hari guru..
:))

missgee said...

Bersyukur!!!!
Menjadi sorang "Guru"..

Mudah-mudahan ilmu yang dicurahkan
membawa cahaya kehidupan kepada
anak bangsa.. :)

HEROICzero said...

dan kalau kita tak sanggup hadapi ujian itu?

kita anak murid yang 'derhaka'. mungkin?

=)

~ PIJA ~ said...

awak guru yer?

NICK IRFAN said...

sajak yg sesuai utk hari guru ni

n@jwamz said...

heroiczero:: tanx for reading this entry:)

S..U..D..@..I..S said...

sekarang belajar online tak payah p tusyen....eh guru juga kan..iteacher

Edy Fee said...

nasib baik mmg tak mkian organ dalaman haiwan..heheh
nice issue

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails