Sunday, September 26, 2010

Kisah pramugari di tanah suci...

Sharing is caring:)
From ma fren's fb..

Untuk renungan bersama...

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah menguruskan jemaah haji dan umrah,ada satu kejadian yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Berlaku kepada seorang pramugari berusia pertengahan 30-an.


Sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tak sedarkan diri. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Pelbagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal. Akhirnya, dia dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Selepas beberapa hari, akhirnya wanita itu membuka mata. Sebaik terpandang wajah saya, wanita itu terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya.


Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kak menangis?"


"Lan... kakak taubat Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda tu! Kakak bertaubat, betul-betul taubat."


"Kenapa kak?" tanya saya masih terpinga-pinga.


Katanya, "Mazlan, kak ni dah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tp kak ni cuma Islam pada nama dan keturunan. Ibadat satu apa pun tak buat. Kak tak sembahyang, tak puasa. Rumah akak penuh dengan botol arak. Suami tu akak sepak terajang, tak hormat langsung," katanya tersedu-sedan.


Kemudian, wanita itu menceritakan,


"Mazlan...Allah itu Maha Besar,MahaAgung,Maha Kaya. Semasa koma, akak telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang pernah akak buat. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut akak ditarik dengan bara api. Pedihnya!!!!! Menjerit-jerit akak minta ampun pada Allah."


"Bukan itu saja, buah dada akak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini. Putus!! Jatuh dalam api neraka!! Buah dada akak rentung terbakar, sakit hanya Allah yang tahu!!! Kak meraung kesakitan. Akak masukkan tangan ke dalam api itu dan ambil buah dada tu balik. Tersangat panas Lan!!" tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.


Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat semasa di dalam koma.

"Hari-hari akak diseksa. Bila rambut akak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala.Panas sampai otak akak rasa menggelegak. Azab itu cukup pedih!!!!pedih yang amat sangat...tak boleh nak digambarkan. "sambil bercerita, wa nita itu terus meraung, menangis teresak-esak.


Kerana makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa dalam koma tu, akak telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja! tp akak perlu makan sebab akak tersangat lapar! "Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-duri menikam kerongkong dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut akak. Pedihnya!!!!!


Habis buah-buahan tu, akak diberi pula makan bara api. Bila masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan akak rasa seperti terbakar hangus. Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.


Selepas habis bara api, kakak minta minuman, tapi...kakak dberi pula minuman yang dibuat dari nanah. Baunya teramat busuk. Tapi terpaksa minum sebab kak sangat dahaga.


"Masa diazab tu, kakak merayu pada Allah agar berilah kak nyawa sekali lagi, berilah kak peluang untuk hidup sekali lagi. Tak henti-henti akak memohon.Kak berjanji kalau akak dihidupkan semula, akak akan mengaji,akan sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "


Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa. Kita manusia tak akan terlepas dari balasannya. Kalau baik amalan kita, maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azab pedihlah yang akan kita rasai..


Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak henti-henti.Kalau pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.. Sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan solat-solat yang ditinggalkannya dahulu.


Pesanan wanita tersebut, "Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Lan ingatkanlah mereka, pakailah tudung. Undang-undang AllaH, setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."Tapi,rambut akak ini beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat. Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? ALLAH......."


Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?


Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudahdiazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal.... . " itu dah terlambat.


REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN


WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI


" SAMPAIKANLAH PESAN BIARPUN SATU AYAT...."


*terima kasih sahabat kerana ilmu akhirat yg berguna ni*

33 comments:

Nor_Emylin said...

cerita yg boleh dijadikan teladan..takutnya dgn seksaan neraka tu..Ya Allah.....

n@jwamz said...

a'ah dear...x tercapai dek akal..

nas said...

nice entri...erm..takot aku dengar..kat dunia nie pon da kene azab..
apatah lagi akhirat nanti???mst lagi jauh lagi dahsat..sentiasa beringat pada Allah..jauhi larangannya....

Balqis said...

huhu..mmg mnakutkn.. =(

S..U..D..@..I..S said...

aku takut gak bc crita ni semuga kita terhindar dari bala Allah

PUPUT said...

ha'ah..seram nak baca klu bab2 azab ni..tp leh djadikan pedoman...tq 4 sharing dear..^_^

Tomato Gurl's Life said...

tak mustahil pe yg dialami oleh pramugari tue..bertuahnya dia kerana diberi hidayah dan peluang utk bertaubat...alhamdulilah..nice entry utk direnungkan...

DuniakuAbstrak said...

da baca kt fb..hmm T_T

Siti said...

semoga kita semua amek iktibar dr cerita ni yer..

Qaseh Rasheqa said...

kalau nak gambaran lebih real, pegi cari movie MAUT.

sama macam cerita ni.menggigil2 masa tengok.yelah, azab2 tu semua dilakonkan.tu yg tercapai akal manusia...yg xtercapai?wallahua'lam...

Pencacai Alim said...

perempuan ni plg mudah masuk syurga dan ssh masuk neraka..dulu aku ada bt perihal perempuan dlm blog..tapi ~haish~

http://daarulmuaqaamah.blogspot.com/2010/07/untungnya-kaum-hawa-jika.html

Nazz@Purple said...

hebat nya dpt hidayah mcm tu..

n@jwamz said...

nas:: a'ah...masa ak baca pun seram..

balqis:: yup..

sudais:: amin:)

MHps said...

Mcmn kita nak sampaikan pada mereka yg x bertudung @ mendedahkan aurat tu? Nak dakwah pun kita tak pandai.. ahli keluarga kita paling utama kita dahulukan..

missgee said...

Renungan..
iktibar..
kembali ke jalan_NYA

missgee said...

Renungan..
Iktibar..
Kembali ke jalan_NYA

diraja22 said...

azabnya siksaan Mu Ya Allah..

n@jwamz said...

MHPs::

iyer..bile bab dakwah ni mmg susah..tapi kte kne berani...dakwah ada caranya.. first kita tegur dgn cara yg lembut dan halus not direct lagi kta sertakan skali dgn contoh/bukti,lebih baik lg dalil al-Quran & hadith nabi..keduanya begituu juga..tapi tegas sikit sb ni hukum Allah bukan boleh wat main-main..last skali kalau x jalan jugak, kta hamba hina ni hnya mampu berdoa agar shbt/adik kte tu diberi hidayah...Wallahua'lam..

n@jwamz said...

PUPUT:: najwa pun seram gak..tp tetap ne amek tahu kan..

CIK TOM:: yes dear:)

QASEH:: tanx 4 da info:)

PENCACAI ALIM:: tanx 4 sharing...:)

NAZZ:: a'ah..bertuah dunia akhirat:)

MISS GEE:: yup sis.....

DIRAJA22:: bagi mereka yg x berbuat kebaikan...Wallahua'lam..

kerangRebus said...

ya Allah..bertuahnya beliau diberikan hidayah dari Allah...sama2la kita mohon dan berharap hidayah daripada nya..amin!

thnks for sharing ya! :)

- zuriey - said...

nasib baik pramugari tue diberi peluang oleh Allah.. ada yang tak sempat nak taubat

ana said...

moga jd pengajaran buat kita semua..

cemomoi said...

moga Allah selamatkan kita daripada kemurkaan-Nya

LiFe KaMi said...

menarik , boleh dijadikan contoh yg berguna kpada semua org utk memperbetulkan kesilapan diri..

AMIR KOMENG said...

ni mesti pramugari yang terlampau tuh...

kakrose@kakyon said...

semuga Allah selamatkan kita semua dari azab itu..

n@jwamz said...

kerang:: yes dear... hidayah bring us 2 da rite path of Islam.... bahagianyer..

zuriey:: Wallahua'lam...sgt rugi kalau kesempatan yg diberi x diguna sebaiknya...

ana:: yes dear...

cemmomoi:: amin.....

life kami:: yup..

amir:: eishh..ye ke?? Wallahua'lam..wa x to lak pulak..

nekmo said...

bertuahnyee dapat berubah sebelum nyawa ditarik...saya??hmm..harap2 Allah mengampunkan dosa saya...yg saya sedar atau tidak sedar...

boleh saya amek entri ni utk share jugak?

Mr. Moque said...

ngee...cuak aku baca kisah ni..huhuu..

n@jwamz said...

nekmo:: boleh sesangat...sharing is loving:)

mr.moque:: a'ah..

giha lalala said...

ermm.. berfikir panjang baca entry nih.. bagus la entry nih..
panduan dan pedoman

Solihin Zubir said...

subhanallah..
meremang bulu roma..

n@jwamz said...

giha:: alhamdulillah:)

solihin:: yup..takut..betapa seksanya...Allah ja yang tahu....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails