Setitis darah yang mulia di sisi Allah....itulah J.I.H.A.D :)
Sesungguhnya Allah S.W.T menekankan pelbagai aspek meliputi tajuk besar jihad di dalam kitab suci Al-Quran melalui dalil-dalilnya. Antaranya ialah dakwah untuk berjihad, larangan memusuhi, tidak ada perang kecuali jihad pada jalan Allah, gencatan senjata, perilaku jihad yang baik, peperangan dalam Islam, pujian bagi jihad, keutamaan bagi orang yang berjihad, celaan bagi yang enggan berjihad, lari dari peperangan, tentera yang paling buruk dan persiapan pasukan menuju jihad.
Sebagai umat Islam dan hamba Allah yang soleh, pendedahan, pengetahuan dan pemahaman tentang jihad amat penting demi menzahirkan cinta dan kasih sayang kepada Yang Maha Esa. Justeru, Al-Quran bukan setakat dibaca namun lebih penting difahami ayat-ayat suci yang diceritakan Allah kepada hamba-hambaNya.
Sikap umat Islam yang tidak ambil pusing tentang pengertian dan kehebatan jihad pada jalan Allah yang sebenarnya, amat bahaya sementelah kebanyakan masyarakat dunia pada hari ini dengan mudah menganalisa jihad itu sebagai perang, di mana perang tersebut pada kaca mata mereka mengancam keamanan dunia dan membunuh banyak jiwa yang tidak berdosa sekaligus menuding jari pada agama Islam sehingga umat Islam dilabel sebagai pengganas! Apakah yang kita lakukan? Hanya melihat???
Tidakkah terasa lelehan air mata mengalir tatkala agama fitrah yang suci lagi mulia itu dihina? Justeru, bacalah dan fahamilah dalil-dalil Al-Quran tentang jihad menurut pandangan Islam agar kita tidak leka dan terus hanyut dengan dakyah jahat musuh Islam yang senantiasa mengintai peluang untuk mengaplikasikan strategi yang telah lama dirangka demi menjatuhkan agama Islam.
Surah Al Maidah: ayat 35
“Wahai orang-orang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepadaNya, dan berjihadlah di jalanNya, agar kamu beruntung.”
Surah At-Taubah : ayat 39
“Jika kamu tidak berangkat (untuk berperang), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikanNya walaupun sedikit, dan Allah Maha Kuasa ke atas sesuatu”
Surah Muhammad : ayat 4
“Maka apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang), maka pukullah batang leher mereka. Apabila kamu telah mengalahkan mereka, tawanlah mereka, dan setelah itu kamu bolh membebaskan mereka atau menerima tebusan, sampai perang selesai. Demikanlah, dan sekiranya Allah mengkehendaki, nescaya Dia akan membinasakan mereka, tetapi Dia hendak menguji kamu satu sama lain. Dan orang-orang yang gugur di jalan Allah, Allah tidak disia-disiakan amal mereka.”
Surah At-Taubah : ayat 41
“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu pada jalan Allah.Yang demikian tu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”.
Surah An-Nisa : ayat 71
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersiap-siaplah kamu dan majulah (ke medan pertempuran) secara berkelompok atau majulah bersama-sama (serentak).
Perjuangan pada jalan Allah demi menegakkan syiar Islam walaupun sesukar mana pasti tidak sia-sia. Itu janji Allah. Kisah tauladan buat pedoman umat Islam akhir zaman. Betapa pemimpin Islam terdahulu amat mementingkan jihad, sebagai contoh, pada zaman Sultan Muhammad al-Fateh yang ingin menakluk kota Konstantinopel, beliau telah mengeluarkan panggilan jihad kepada rakyatnya. Maka rakyatnya menyatakan taat setia bersiap-sedia untuk mempertahankan serta menginfakkan harta mereka pada jalan Allah. Mereka berjihad bersungguh-sungguh dan atas keizinan Allah akhirnya mereka dapat menawan kota tersebut.
Bermula jihad dengan diri-sendiri iaitu melawan hawa nafsu, seterusnya demi tanggungjawab kepada Allah iaitu berjihad mempertahankan agama Islam hingga menitis darah merah yang mulia bukti cinta dan pengabdian diri kepada Yang Esa. Itulah syahid idaman hamba soleh! Sesungguhnya, jihad itu suatu matlamat hebat dunia dan akhirat.
original by najwa
assignment titas :)
1 comment:
Pandainye kamu..:-)
Post a Comment